19 January 2015

Sejarah Kasut Fung Keong

-- --



Kilang kasut Fung Keong dibina di Klang pada tahun 1939 yang asalnya mengeluarkan kasut getah untuk kegunaan umum. Fung Keong adalah peneraju pertama kepada pasaran kasut kanvas di Malaysia.

Fung Keong akhirnya menjadi jenama sebutan isi rumah. Kasut kung-fu keluaran Fung Keong amat popular dikalangan peminat Bruce Lee dan aktiviti lasak seni bela diri. Begitu juga selipar Fung Keong yang terkenal turun temurun dari segi ketahanannya.

Pada tahun 1984, Fung Keong telah dibeli oleh syarikat GCB Trading. Kilang kasut Fung Keong di Malaysia kemudiannya ditutup dan jenama kasut ini sekarang dikilangkan di China atas nama 'All-America'.

No comments:

Post a Comment