19 January 2015

Keadaan Terkini Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Semakin Uzur

-- --


Menurut status terkini menerusi anaknya Nik Abduh, keadaan tok guru kini dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, tok guru tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit.

Pihak keluarga turut memohon maaf kerana atas kehendak tok guru, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya.

Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat tok guru dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

No comments:

Post a Comment