20 January 2015

Gambar Ainaa Amanda Kini Ada Tangan Bionik

-- --


Seorang kanak-kanak yang dilahirkan tanpa telapak tangan kanan, teruja apabila dihadiahkan tangan mekanikal oleh seorang individu berhati mulia setelah ibunya memuat naik video anaknya itu di laman sosial sehingga menjadi viral, baru-baru ini.

Ainaa Amanda Shahzali, 7, yang kelihatan riang dan hanya ketawa terus mengenakan ‘tangan baharu’ tersebut sebelum bersalaman dengan ibunya, Habibah Hassan, 42, serta individu yang menyumbangkan hadiah cukup bermakna itu.

“Tak sabar rasanya nak ke sekolah esok, nak tunjuk dekat kawan-kawan dan cikgu. Adik dah dapat tangan baharu,” kata-nya ketika ditemui pemberita selepas menerima set tangan berkenaan di Bukit Merah Laketown Resort di sini hari ini.

Dalam pada itu, Habibah berkata, dia cukup tersentuh apabila anaknya itu membelai pipi dan bersalaman dengannya apabila me-ngenakan tangan baharu tersebut.

“Saya langsung tidak menyangka video yang saya muat naik itu mendapat perhatian umum sehingga menjadi viral dan membantu anak saya mendapat ‘tangan ganti’.

“Saya amat bersyukur dengan pemberian ini dan berharap kehidupan Ainaa Amanda akan lebih ceria. Reaksinya memegang dan menangkap bola ketika diba-ling ke arahnya amat mengejutkan kami semua kerana dia sudah pantas mengendalikan tangan tersebut,” katanya.



No comments:

Post a Comment