Umum tahu Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Terbaru, sebuah portal hiburan HLIVE! melalui instagram mereka telah memuat naik gambar yang mencetus kontroversi. HLIVE! menyiarkan sekeping gambar di laman Instagram mereka membayangkan yang Abby Abadi mendera Noor Farhan yang kini bekas suaminya secara mental dan fizikal.
Menurut laman instagram HLIVE lagi, laporan penuh akan diberikan menerusi Astro Ria dan Maya HD jam 8.30 malam ini.

No comments:
Post a Comment