11 June 2014

Kita Mesti Jadi Al-Arqam

-- --


Kerana Aurah Muhammadiyah, Al-Arqam diharamkan.

Tapi ketahuilah, kalaulah Al-Arqam tu ada sampai sekarang, InsyaAllah tak ada isu bihun bangla, coklat babi, dan makanan tidak halal semua ni.
 
Bukanlah maksudnya tak ada tu, tak ada terus, tapi semestinya kita umat islam ada alternative untuk menggunakan produk yang terhasil dari pengilang, pengeluar, pemproses yang terdiri dari kaum muslimin.

Bukan macam apa yang jadi sekarang. Kita ditinggalkan tanpa alternative lalu kita terpaksa memekik menjerit marah pada orang lain kerana tidak memberi makanan yang halal kepada kita.

Kalau saya jadi mangsa amarah tu, saya akan katakan begini;

"Kau nak makan ikut aturan kau, kau buat lah sendiri"

Berbalik pada cerita Al-Arqam,
pada yang tahu, Al-Arqam merupakan kuasa baru ekonomi islam yang menapak kukuh pada era 80'an. Mereka mengeluarkan produk produk harian untuk kegunaan masyarakat islam (juga non islam). Mereka mengasuh jatidiri sebagai pengeluar, berbanding pengguna semata mata. Mereka memiliki kilang, mereka menguasai sumber, mereka mempunyai rantai jualan yang sangat baik dan efisyen.

Ekonomi Arqam sangat kukuh, tahun demi tahun macam macam produk Halal yang terbit di pasaran. Seawal tahun 1977, Al Arqam sudah melebarkan pengaruh kuasa ekonomi mereka ke serata pelusuk negara. Melalui ahli yang berjumlah 2 atau 3 ribu orang pada masa itu, mereka sudah membina emo ayat ekonomi melalui penubuhan cawangan klinik, pengilang an produk, percetakan.

Lebih mengagumkan, seawal tahun 80'an, Al Arqam telah membuka 24 'base' di serata Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia dengan pembukaan puluhan kilang pemprosesan makanan halal dari Jakarta santak hingga ke Aceh.

Untuk melihat lebih jauh dari sekadar 'kilang makanan halal', Al-Arqam turut menceburi industri yang taboo dengan perspektif islam ketika itu, yakni industri hiburan.

Al-Arqam lah yang sebenar benarnya merintis industri hiburan alternative di bumi Malaysia dan mereka telah melakukannya dengan berjaya hampir 30 tahun yang lampau, lama sebelum Habib Yahanana membeli jiwa manusia kaya macam sekarang ini.

Mana mungkin generasi saya, dan generasi ibu bapa saya boleh melupakan Nadamurni dan The Zikr?

Lagu lagu nasyid mereka mengusai segenap corong radio dari felda merapuh hingga ke Lasah, dari radio kereta Nissan sunny sampai ke radio proton saga edisi engin mitsubishi, telinga telinga umat islam ketika itu tidak akan terlepas menikmati kemerduan suara Nazrey Johani, Munif dan arwah Asri.

Usai menjelang era 90'an, Al-Arqam menubuhkan pula Al-Arqam Group of Companies dengan memiliki 22 anak syarikat, sampai tertubuhnya Pusat Hubungan Antarabangsa Al Arqam yang berpusat di Islamabad. Hebat!

1994. Tahun yang dalam ketentuan Allah tertulis jatuhnya Al-Arqam. Penguasa agama melalui Aurah Muhammadiyah mendiksikan bahawa amalan aqidah penganut Al-Arqam perlu bertaubat atas kesesatan amal dan Iman yang dipertahankan selama ini.

Jatuh Al-Arqam, muncul Rufaqaa, masih struggle menerobos bidang ekonomi yang pelbagai dalam menghadapi tekanan penguasa agama, akhirnya pada tahun 2006, Rufaqaa menerima nasib yang sama, tumbang akibat pengharaman dari pihak kerajaan.

Apa yang tinggal untuk kita pelajari dari kekukuhan ekonomi kumpulan Al-Arqam sepanjang 4 dekad ini?

Jawapannya, tidak ada apa apa yang siapa siapa mahu pelajari, kerana Al-Arqam itu sesat. Maka semuanya, termasuk purdah hitam nya, jubah hijaunya, serban tebalnya, semua dipandang sesat dan mereka ini perlu dimusuhi.

Yang mahu kita belajar mereka ini sesat dan segalanya tentang mereka tidak terpakai, lalu akhirnya kita memekik menjerit memarahi orang lain kerana merosakkan makanan harian kita.

Al-Arqam meninggalkan umat islam Malaysia dengan satu pelajaran yang sangat bermakna, iaitu untuk bangkit bangun sebagai ummah, maka kuasailah ekonomi dari segenap bidang. Hal ini sudah pun dibuktikan berjaya puluhan tahun yang lalu, dan kita, umat islam di Malaysia boleh belajar bangkit mengikut denai kejayaan ekonomi mereka,

Atau, kita, umat islam di Malaysia boleh saja memilih untuk melihat Al-Arqam sebagai ajen kesesatan yang menyeluruh zaman berzaman lalu kita akan terus hidup dengan kebergantungan dan jerit pekik gila yang tidak ada sudahnya.

sumber:- -FdausAhmad- 11th June 2014

No comments:

Post a Comment