Zaquan Adha mengamuk di twitter dengan pelakon Iqram Dinzly.
Marah Betul si Zaquan dengan si Iqram. Kononnya sebab tak sanggup melihat Ayu Raudhah diperlakukan begitu dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Menurut Zaquan lagi dia turut tidak membenarkan Ayu Raudhah berlakon lagi.
Apakah yang telah diperlakukan Iqram sampai si Zaquan tak sanggup melihatnya. Adegan yang terlalu mesra dan intim-intimkah?
Apapun, si Iqram pun tak mahu mengalah. Bertubi-tubi jawapan balas ditujukan buat Zaquan. Kata Iqram, berlakon tak sama dengan main bola di padang dan dia bukannya nak rampas pun Ayu Raudhah daripada Zaquan. Iqram juga meminta supaya Zaquan menjadi profesional.
p/s:- Yang bagi bini berlakon tu pehal??..


No comments:
Post a Comment