Terdapat sejumlah 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, satu jumlah yang begitu besar nilainya untuk diterokai bank-bank komersial.
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah satu jabatan di bawah Kemnterian Kewangan. Menurut sumber, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) bakal dimansuhkan digantikan dengan satu syarikat berkaitan GLC atau intitusi kewangan bagi menguruskan bahagian pinjaman perumahan untuk penjawat awam.
Risiko Jika Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan?
- Kadar faedah 4.0% peratus yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini melibatkan pinjaman rumah mungkin akan ditarik balik.
- Terpaksa mengikut corak berasaskan keuntungan institusi kewangan lain seperti bank
- Cuepacs merasakan cukup kesal kerana setakat ini keistimewaan bergelar penjawat awam hanyalah mendapat pencen dan gratuiti serta pakej pinjaman perumahan yang menarik. Jadi Cuepacs merasakan kemudahan dan faedah seperti ini tidak patut ditarik balik!
Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB
Menurut sumber yang sahih Bahagian Pinjaman perumahan Kakitangan Awam semamangnya akan dimansuhkan dan CIMB bakal menguruskan Pinjaman perumahan kakitangan Awam selepas ini.
CIMB Bank akan mengambi alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam.
Syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan (rumah) selepas ini telah pun ada yang mana nilai downpayment untuk setiap harga rumah naik dan begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada yang lain.
Ini bertujuan untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam. Yang mana CIMB akan uruskan pinjaman kakitangan kerajaan yang mana pastinya selepas ini akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus andaikata komitmen anda terlalu tinggi, pinjaman rumah sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.
Selain itu, difahamkan, bank CIMB contohnya ada instrumen untuk “monitor” pembayaran pinjaman rumah anda contohnya. Sebarang tuggakan akan dikejar oleh “kaki-kaki bank” yang “cukup terlatih” mengejar peminjam.
Setuju kakitangan awam sekalian? Apa kata Anda?
Sumber:- beritasemasa.com.my

No comments:
Post a Comment