29 September 2014

Suami Jadi Bidan , Isteri Bersalin Di Lebuhraya Elite

-- --


Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar isterinya ke Hospital Putrajaya, menghadapi detik cemas apabila terpaksa mebidankan sendiri isterinya di tepi Lebuhraya Elite kerana tidak sempat sampai ke hospital. Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang semalam .

Suami wanita terbabit yanag kemudiannya menghubungi pihak hospital diberi bantuan oleh petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar kakitangan hospital putrajaya akhirnya lelaki tersebut berjaya melakukanya 10 minit kemudian .  Isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki . Lelaki tersebut turut dibantu petugas Lebuhraya Elite. 15 minit kemudian Ambulan dari Hospital Putrajaya tiba dan menguruskan bayi dan wanita terbabit.

Bukan perkara mudah bagi seorang lelaki untuk menjadi bidan tambah lagi ditepi jalan. Tahniah atas kehadiran cahaya mata.


No comments:

Post a Comment