Semalam , tersebar di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertubuh tinggi ala-ala 'UNDERTAKER' mengambil gambar no plat dan memaki hamun seorang pemandu.
Video yang tersebar dikongsikan beribu orang, namun punca sebenar kejadian tidak diketahui.
Post by Nescafeais.com.
Dalam video tersebut, lelaki 'UNDERTAKER' yang merupakan penumpang kereta Toyota Harrier bernombor pendaftaran WKY8464 mengambil gambar nombor kereta perakam video dan cuba membuka pintu keretanya sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Melalui akau twitter,seorang wanita bernama Anis Adnan, mendakwa pemandu WKY8464 sebelum ini pernah terlibat dalam satu kemalangan dengan kereta miliknya pada 14 November 2012
Bagaimanapun, berikutan dari kes terbaru yang melibatkan WKY8464 ini, salah seorang pengguna Twitter, Kevin Han memaklumkan perkara tersebut kepada Anis.
Terkejut dengan tweet itu, Anis membalas,
"OMG! That's the car!!!! That guy is so kurang ajar! Is that your video dude?" tweet Anis.
Bagaimanapun, penjelasan Anis sedikit sebanyak menjelaskan keadaan sebenar pemandu WKY8464 ini yang memang biadab terhadap pemandu lain sungguhpun apa yang terjadi itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Para pengguna jalan raya diingatkan, tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengancam pengguna jalan raya yang lain. Jika tersilap langkah, buruk padahnya kelak.


No comments:
Post a Comment