Johor Bahru: Wanita penjual tisu yang tular di media sosial kononnya menyamar buta mengaku mempunyai RM14,000 di dalam akaun peribadi tetapi RM11,000 daripada wang itu milik beberapa rakan hasil aktiviti sama menurut sumber Harian Metro
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, wanita berusia 42 tahun itu tampil ke pejabatnya hari ini bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Katanya, ibu kepada dua anak berusia 19 dan 22 tahun itu memberitahu dia bukan menipu masyarakat dengan menyamar sebagai orang buta seperti yang disebar kerana mereka memang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
"Wanita itu tidak buta tetapi OKU penglihatan tahap B2 (rabun yang teruk), manakala anaknya juga OKU mempunyai masalah sama.
"Wanita berkenaan mengakui menjual tisu di tempat tumpuan ramai termasuk restoran dan memperoleh pendapatan kira-kira RM40 sehari untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suami (warga Indonesia) yang bekerja sebagai buruh binaan tidak mencukupi," katanya.
Manayi berkata, wanita itu juga mendakwa daripada RM14,000 yang dimasukkan ke dalam akuannya, hanya RM3,000 miliknya manakala baki milik rakan yang juga OKU menjual tisu dan ia akan dikembalikan.
No comments:
Post a Comment