4 December 2016

Keluarga nafi warga emas diabai keluarga

-- --



BATU PAHAT 4 Dis. - Seorang wanita tampil menafikan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan susulan video yang diviralkan memaparkan seorang wanita warga emas dan anak perempuannya yang didakwa hidup terabai dan merempat di Kampung Parit Makmor, Senggarang dekat sini.

Norhasimah Ismail, 50, anak saudara kepada warga emas itu, Asmah Hasim, 77, berkata, ibu saudara dan sepupunya Azizah Darmawan, 57, berada di bawah jagaanya sejak 20 tahun lalu.


"Saya menafikan tuduhan pengguna media sosial yang menyatakan ahli keluarga dan penduduk kampung mengabaikan penjagaan ibu saudara dan anaknya kerana mereka berdua berada di bawah jagaan saya sejak sekian lama.

"Jika sengaja dibangkitkan keadaan rumah yang kotor, percayalah sudah beratus kali saya kemas, namun ibu saudara masih mahu tidur di tempat yang kotor. Memang senang untuk orang tuduh macam-macam, namun hanya tuhan sahaja yang tahu kisah sebenar," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Dalam video berdurasi satu minit 57 saat itu, Asmah bersama Azizah yang juga orang kurang upaya (OKU) berada dalam keadaan menyayat hati dan serba kekurangan.
 
Malah, video yang dimuat naik sebuah pertubuhan itu turut menunjukkan Asmah yang duduk di bawah helaian surat khabar dengan dikelilingi sampah-sarap turut menyentuh perasaan pembaca.

No comments:

Post a Comment