Salam' Abang Kucing untuk beradu tenaga dan ketangkasan dalam gelanggang kini bersambut. Cuma ia bukanlah daripada orang yang diharapkannya, iaitu Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Hari ini muncul "geng tomoi" yang mahu membela ketua Umno Sungai Besar itu.
Petinju Muay Thai, Datuk Muhammad Fuad Mat Isa berkata beliau berada terpanggil untuk mempertahankan Jamal kerana mengambil kira aspek 'keadilan' dalam pertarungan.
Kayanya tidak berbangkit isu Jamal takut menyahut cabaran berkenaan, tetapi hakikatnya ahli politik itu bukan lawan sebenar Abang Kucing.
“Tujuan kita adalah nak pertahankan Datuk Jamal, nak buat perlawanan yang sihat.
“Kalau betul Abang Kucing ni seorang ahli gusti, kita sediakan gelanggang dan lawan ikut kilogram dan ketinggian (yang betul).
"Lagipun kita banyak fighter-fighter kita dan ini adalah gelanggang yang sebenar. Kalau kita fighter yang sebenar, kita kena lawan fighter juga.
"Kalau kita berlawan dengan orang yang bukan fighter, kita bukan fighter,” katanya pada sidang media di FF Muay Thai di Setiawangasa hari ini.
Katanya untuk memastikan pertarungan itu saksama faktor ketinggian dan berat badan adalah penting, dan pada masa sama Jamal tokoh politik serta ahli perniagaan.
“Datuk Jamal orang berniaga dan dia ahli politik, kita ini fighter, kita ahli sukan (justeru) kita menyahut mana-mana cabaran (untuk beradu kekuatan).
Siap pulak Datuk Muhammad Fuad Mat Isa ni?
Inilah dia 'Datuk' Muhammad Fuad Mat Isa yang ajak Abang Kucing naik Gelanggang. Pernah dituduh dalam kes rompakan pada 2015. Dan pada 2016 dapat datuk????
Ni petikan laporan
Dua dituduh rompak RM2 juta
NURFARAHIN HUSSIN
21 Januari 2015 12
Muhammad Fuad Mat Isa (kanan) dan Muszafaizan Mohammad Zawawi
PETALING JAYA 20 Jan. – Dua lagi lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang peniaga emas membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta, akhir tahun lalu.
Peniaga kain, Muhammad Fuad Mat Isa, 29, dan kontraktor, Muszafaizan Mohammad Zawawi, 29, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di No. 6, Jalan PPRT 2, Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, di sini pada pukul 10.45 malam, 23 Disember tahun lalu.
Mereka didakwa merompak secara berkumpulan wang tunai RM1.6 juta dan jongkong emas seberat empat kilogram milik Abdul Akhmal Mohamad, 26, dengan menggunakan kayu dan rotan sebagai senjata bersama lima lagi yang telah dituduh sebelum ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama 397 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Gin Han tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan kes jenayah yang semakin meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini namun kedua-dua tertuduh memohon dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menanggung keluarga.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Pertuduhan bagi kelima-lima mereka akan
disebut semula bersama kes terhadap Muhammad Fuad dan Muszafaizan pada 12 Februari ini.
No comments:
Post a Comment