16 November 2016

Singapura No1 Dalam Ranking negara paling selamat untuk didiami 2016

-- --


Singapura mengungguli senarai negara paling selamat untuk didiami di dunia pada 2016, setelah naik 12 tangga berbanding tahun lalu.

Demikian menurut Indeks Kemakmuran Global ke-10 yang dikeluarkan oleh Institut Legatum yang berpangkalan di London pada 10 Nov lalu. Indeks tahunan itu meninjau dan menyenaraikan negara-negara paling makmur di dunia, lapor laman Independent.

Luxembourg menduduki tangga kedua dan ia merupakan negara paling selamat di Eropah. Tahun lalu, Luxembourg menduduki tangga ke-10.

Satu lagi negara Asia yang berada dalam ranking 10 teratas negara paling selamat di dunia adalah Jepun, yang pada tahun lalu menduduki tempat ke-22. Ini bermakna ia melompat 19 tangga ke tempat ketiga.

Iceland, yang masih kekal sebagai negara yang diletakkan pada ranking tinggi, berada di tempat keempat, disusuli oleh Denmark di tempat kelima.

Berikut adalah senarai penuh 10 negara paling selamat di dunia, seperti yang di laman Independent:

1 Singapura
2 Luxembourg
3 Jepun
4 Iceland
5 Denmark
6 Norway
7 Jerman
8 Switzerland
9 Austria
10 Sweden

Jumlah wang yang dimiliki sesebuah negara adalah salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh Institut Legatum bagi mengukur kemakmuran, selain isu-isu lain seperti keselamatan.

Indeks itu meninjau data 149 negara dan menghasilkan senarai ranking yang menyeluruh, berdasarkan keselamatan nasional negara-negara yang disenaraikan dan penduduknya, menurut laman Independent.

No comments:

Post a Comment