Berikutan kenaikan harga minyak masak baru-baru ini. Ramai pengguna gusar mula beralih kepada minyak masak berpaket yang umum tahu masih dikekalkan subsidi. Namun, sering kali kita terdengar berita atau khabar angin bahawa minyak masak sawit jenis paket yang ada di pasaran negara kita kebanyakannya adalah minyak masak yang sudah diguna, diproses semula atau minyak masak yang tiada kualiti, seterusnya membuatkan kita curiga dan was-was untuk menggunakan minyak masak jenis paket.
Menerusi iklan dilaman web FELDA. pihak mereka menegaskan minyak keluaran mereka adalah selamat dan bukan minyak yang dikitar semula. Tiga Udang merupakan jenama minyak masak sawit keluaran FELDA yang dipaketkan dalam saiz 1kg yang diusahakan oleh Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Namun, perkara ini disangkal oleh seorang bpengguna Facebook bernama Amirul Amir, yang mendakwa belia adalah bekas pekerja bahagian kawalan kualiti kimia Felda. Menurutnya minyak keluaran Felda adalah minyak yang direject. Baca dakwaan beliau:-
Kencing org yg tak tau boleh laaaa......
Nak momokkan org kampung blh laaa......
The truth minyak 3 udang ni adalah dari jenis recycle. Bukannya recycle guna balik dari minyak dah digunakan tp recycle dari minyak yg di reject kedai sebab bungkusan bocor. Bercampur aduk dan direcycle semula dan dijual kepada rakyat marhaen.
Nak tau kenapa ia sunggu murah ini adalah kerana spesifikasi kualiti semuanya out dari cp sehinggalah ffa. Semuanya out sbb itulah ia tidak dpt dijual ke oversea
Sungguh kelakar malaysia negara pegeluar minyak sawit tp low kualiti di jamu kepada rakyat manakala yg bagus di eksport.
Sebiji serupa kera di hutan disusukan anak sendiri di biar kelaparan.
Cara mudah nak tgk kualiti minyak ni adalah low kualiti cuba ltk paket minyak itu atas simen semalaman. Keesokkan akan naik keladak putih menunjukkan dari qualiti cloud point adalah sangat tinggi ( mempunyai kandungan lemak separa pepejal yang tinggi) istilah dia ialah cloup point. Dianggarkan cloud point bg minyak ini adala melebihi 12 c.p
Apa bahayanya cloud point tinggi.... ini menunjukkan betapa byk nya lemak tepu yg akan masuk ke dalam tubuh kita. Gejala salur koronori tersumbat adalah disebabkan lemak tepu. Minyak high gred sama ada saji atau jenis minyak masak 5 kg cap buruh tu ( atau mana mana brand y dibotolkan tu samada 2 kg atau 5 kg) kualiti dia di hadkan kepada 5 - 6 c.p. itu yg dulu kita selalu degar iklan minyak masak penapisan 2 kali. Skrg kita di jamu mkn minyak tahap sampah. Hahahahahah sunggu kelakar
Dari segi ffa pula
Selepas sekali goreng biarkan semalaman. Minyak ini akan berbau tengik. Ini menunnjikan kadar f.f.a atau lemak asid yang tinggi.
Tahukan trans fatty acid merupakan penyebab kanser.
So beware dengan minyak masak jenis paket nie.
Sekiranya masih ada lagi yg ingin menegakkan benang yang basah aku cabar korang utk buat analisa di makmal mengenai perkara ini.
SUMBER:- Ex felda qc chemist


No comments:
Post a Comment