TOKYO: kentut seorang pesakit semasa prosedur pembedahan didakwa mencetuskan kebakaran yang menyebabkan mangsa mengalami kebakaran serius, seperti dilaporkan Hospital Universiti Perubatan Shinjuku,Tokyo.
Kejadian itu turut dilaporkan dalam akhbar Jepun Asahi Shimbun.
Menurut akhbar tersebut, Kebakaran itu dilaporkan berlaku di hospital universiti di Tokyo pada 15 April. Mangsa berusia 30-an, telah menjalani pembedahan serviks yang melibatkan penggunaan laser.
laser itu dipercayai telah mengeluarkan api disebabkan oleh gas kentut yang dilepaskan mangsa ketika pembedahan. Api membakar sebahagian tubuhnya, termasuk pinggang dan kaki, kata laporan itu.
Satu jawatankuasa pakar luar yang memeriksa kes itu dalam satu laporan yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu berkata ada bahan-bahan mudah terbakar berada di dalam bilik operasi semasa pembedahan.
Ia juga menyebut bahawa peralatan operasi itu berfungsi secara normal.
"Apabila gas usus pesakit bocor ke dalam ruang operasi (bilik), ia dinyalakan dengan sinaran laser, dan menyebabkan kebakaran," kata laporan itu. - Berita Harian / Asia News Network.

No comments:
Post a Comment