KLANG - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dibunuh oleh suami pengasuh, di Teluk Pulai, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku berdekatan dengan Sekolah Agama Simpang 4, suspek dikatakan sedang cuba menanam mayat mangsa, namun disedari oleh jiran berhampiran lalu melaporkan kepada pihak polis.
Difahamkan, mangsa telah dihantar oleh bapanya ke rumah pengasuh berkenaan, kerana mahu menemani isterinya yang bersalin di hospital.
Menurut sumber, suami kepada pengasuh yang mempunyai panas baran itu telah mengurung mangsa selama 3 atau 4 hari sebelum menghentak kepalanya, menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Anak suspek yang berusia 11 tahun mendedahkan, lelaki terbabit menyorok mayat mangsa di dalam almari sebelum di bawa keluar untuk ditanam di depan sekolah agama berhampiran menyebabkan dia membuat laporan polis.


No comments:
Post a Comment