Seorang perempuan yang dipercayai pengasuh di sebuah taska memanggil anak asuhan sebagai anak monyet sambil mengumpat dan mengeji ibu kanak-kanak tersebut di laman sosial.
“Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? Eh siallah,” kata pengasuh yang bernama Lillu.
Ekoran itu, netizen mengkritik tindakan pengasuh terbabit yang dilihat biadab dan kurang ajar.
“Sedap mulut kata anak manusia ini anak monyet. Kalau rasa tak boleh nak kerja di taska, berhenti sajalah. Kenapa ada juga manusia seperti ini? Lebih baik kau dijadikan sebagai binatang,” kata Kak Long yang menjelaskan gambar itu diperolehi dari group WhatsApp.
“Siapa mak baby ini? Baik awak jangan hantar baby awak ke taska itu lagi. Tak selamat dah, nanti kena dera oleh pengasuh sengal itu pula,” kata Amriez.
Oleh itu para ibubapa perlu berwaspada. Para pengasuh ini di depan ibu bapa, tutur kata mereka amat lembut seperti pijak semut tak mati. Namun di belakang, lain pula ceritanya. Kita tidak nafikan bahawa bukan semua pengasuh taska bersikap sedemikian.
Kita perlu ingat bahawa anak kita amanah kita maka tanggungjawab kita untuk mandikan anak terlebih dahulu sebelum dihantar ke taska. Ini secara tidak langsung memudahkan kerja mereka maka kuranglah kemungkinan anak kita menjadi mangsa penderaan para pengasuh yang “naik gila”.

No comments:
Post a Comment