Sehingga ke hari ini, tidak pasti siapa yang membawa masuk dan mula mempopularkan Malam Cinta Rasul dengan acara-acara sebegini rupa, duduk beramai-ramai sambil melambai-lambai yang diketuai oleh pak habib yang mengaku boleh nampak kelibat Nabi Muhammad SAW dalam sedar…dalam majlis ya hanana.
Sehingga ke malam tadi, ia terus dipopularkan oleh kelompok dan kumpulan-kumpulan tertentu. Siapa yang perlukan sebenarnya RM200,000 itu? $$$$$$$$. Ermmmm……
Sebaiknya tonton video dari Mufti Ismail Musa Menk (Zimbabwe) di bawah ini
Antara kata-katanya adalah :
We are coming around to that time of year again when something needs to be said concerning the innovation of celebrating the Prophet’s birthday.
Why One Shouldn’t Celebrate Mawlid-un-Nabi (Prophet’s Birthday)
Punca & Sebab Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 Berbelanja Besar?
Sedangkan Nabi, para sahabat dan tabii pun tidak pernah buat siapalah kita yang nak memandai-mandai cipta perkara baru dalam beragama. Ada baiknya dana yang ada itu diserahkan terus kepada mangsa banjir yang lebih memerlukan lebih-lebih pasca banjir di kelantan, Terengganu, pahang dan negeri-negeri lain yang terlibat dan disertakan dengan solat taubat, solat hajat beramai-ramai.
Tuhan tidak perlu disuapkan dengan “rasuah” dengan wang ringgit sehingga beratus-ratus ribu dan nilai jutaan ringgit Malaysia dalam Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 contohnya. Jauh sekali sehingga memerlukan untuk melalui Tuan Syeikh yang mengaku keturunan Nabi.
Meneliti lagi laporan MalayMailOnline terhadap Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 yang diketuai Habib Syech Assegaf ini sepertimana yang diulas oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz,
- Adakah rakyat Malaysia perlu ber yahanana dahulu baru segala doa dimakbulkan?
- Mana lagi baik solat hajat seluruh negara Malaysia selepas sembahyang Jumaat pada minggu lepas contohnya ataupun acara ber yahanana yang memakan kos sejumlah RM200,000?
Allah itu MAHA ADIL. Allah Maha Mendengar Maha Mengasihani Maha Penyayang Maha Mengampuni
Ya…betul untuk mendapat syafaat di akhirat esok, kena perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi tidak pernah pula diajar oleh guru-guru agama untuk menjauhi malapetaka ini perlu beryahanananana…. dahulu sambil melambai-melambai kat atas nunnn. Sepengetahuan Berita Semasa yang jahil ini selawat yang paling afdal, adalah selawat ibrahimiyah yang kita duduk baca dalam tahiyyat akhir, itulah dia selawat yang paling “high class” sekali. Free sahaja, straight antara hamba dengan penciptaNya.
Risau melihatkan trend sekarang apabila agama mula dijadikan komoditi dijual beli. Konsep wasilah tidak salah, tetapi janganlah berlebih-lebih kerana ada orang lain yang memerlukan.
SUMBER:- Beritasemasa
No comments:
Post a Comment