9 January 2015

Kalender SADO Abang Bomba Yang Boleh Buatkan Si Gadis Ketap Bibir

-- --

Jabatan bomba menjadi perhatian di media sosial apabila mengeluarkan kalender ekslusif yang memeparkan ahli bomba yang sado menjadi model kalendar dilatari oleh jentera dan kenderaan memadamkan kebakaran.

Bukan sahaja memaparkan pegawai bomba lelaki yang berotot di dalam pose menarik, kalendar ini juga memaparkan pegawai bomba wanita. Pada bulan Mac dan Mei, seorang juruterbang wanita dan seorang pegawai operasi dipaparkan.

“Sebelum ini, kita mempunyai konsep yang berlainan untuk kalendar, tetapi kali ini kami mahu tonjolkan bahawa pegawai kami sihat dan cergas.”

“Ia juga merupakan satu tanda penghargaan kepada pegawai-pegawai kami. Semua model dalam kalendar adalah pegawai operasi dari seluruh negara,” kata Norizan Saad, Senior Superintendent II Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau menambah, konsep baru ini adalah penting untuk menggalakkan semua orang, termasuk yang berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat, untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Walaupun Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan banyak kalendar pada tahun-tahun sebelum ini, ini adalah kali kedua kalendar dibuat dengan konsep ‘sihat dan cergas’, kata Norizan.

Walau bagaimanapun, kalendar eksklusif ini bukan untuk dijual dan hanya disediakan untuk pegawai-pegawai dan pejabat-pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan kementerian yang berkaitan.

Walaupun kalendar ini tidak diedarkan untuk orang ramai, Jabatan Bomba dan Penyelamat di dalam Facebook mereka, telah mengadakan kuiz, dan menyaksikan beberapa pengguna Facebook memenangi kalendar ini. Menariknya, dalam masa kurang 24 jam, post kuiz ini menerima hampir dua ribu likes dan lebih dari seratus mesej, di mana kebanyakannya menyatakan keterujaan untuk mendapatkan kalendar ini.






Anda boleh melihat gambar-gambar lain di FB Jabatan Bomba di Penyelamat di

No comments:

Post a Comment