Kota Bharu : “Dia terlalu kecil untuk terima musibah sebegini. Saya tak sanggup tengok dia menderita,” kata Rohayu Baharudin, 24, ibu kepada bayi kembar malang yang terbakar dalam kejadian di rumahnya di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, 31 Disember lalu.
Dalam kejadian itu, Alisya Syafira Zuliksyan dan adik kembarnya Alisya Syahira yang berusia 33 hari terbakar masing-masing 38 peratus dan 52 peratus selepas kediaman mereka disambar api lilin.
Akibat kejadian itu, kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk menerima rawatan, namun Alisya Syahira menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.32 pagi, 5 Januari lalu.
Alisya Syafira pula masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sehingga semalam.
Mengimbas kembali kejadian itu, Rohayu yang juga suri rumah berkata, kedua-duanya anaknya sedang nyenyak tidur di bawah kelambu yang diletakkan di dalam bilik tidurnya selepas diberi susu.

No comments:
Post a Comment