26 December 2014

Doktor Terkandas Banjir Ucap 'SELAMAT BERCUTI' Kepada PM

-- --


12.30pm: Johor mula dilanda banjir apabila 201 mangsa di Kluang dipindahkan pagi ini, lapor Bernama memetik MKN Johor.

12.15pm: Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.

"Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap," katanya ketika dihubungi Bernama.

12.00pm: Sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan, bergerak ke Temerloh, Pahang, hari ini dengan sebuah lori lima tan dan sebuah bot bagi membantu para petugas dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

Timbalan Pengarah JPAM Negeri Sembilan Abdul Ba'ith Abdul Rahim berkata ini merupakan pasukan kedua selepas lapan anggota yang dihantar ke Kuala Lipis, Pahang pada Rabu lepas.

Kerajaan Selangor sumbang RM1 juta kepada  Kelantan dan masing-masing RM100,000 kepada Terengganu, Pahang dan Perak.

11.00am: Menteri Besar, Azmin Ali berkata, kerajaan negeri membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015.

"Kerajaan Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

9.35am: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak kini meningkat kepada 103,413 orang - meningkat sebanyak 9,395 mangsa dari malam tadi, demikian menurut tweet Bernama.

9.05am: PAS Selangor akan mengadakan solat hajat ekoran banjir besar melanda negara ini, terutama di pantai timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) berkata konvoi lebih 130 anggota berlepas dalam empat kumpulan untuk Kelantan dan Terengganu.

Katanya, terdapat 27 kenderaan pacuan empat roda dan sembilan lori membawa tiga hingga 10 tan barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat  di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036.

8.50am: Di Kota Bahru malam tadi, Bernama melaporkan jambatan Petra Jambatan Sultan Yahya (di bawah) yang menghubungkan bandar Kota Baharu ke Pasir Pekan, Tumpat, kini ditutup kepada semua kenderaan selepas air di Sungai Kelantan melimpah naik.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi, berkata jambatan itu ditutup kepada semua lalu lintas kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laporan Bernama juga menyatakan bahawa air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai kini mengalir ke arah daerah Kota Baharu.

8.40am: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam mengurus dan menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Mustapa, juga anggota Parlimen Jeli, mengambil masa 10 jam dengan bot untuk perjalanan ke Kuala Krai, kawasan yang terjejas dengan mendalam akibat banjir.

Beliau menyifatkan banjir tahun ini sebagai besar berbanding tahun-tahun lalu dan berkata ini menyebabkan kelemahan kerajaan dalam menyelaras bantuan.

8.30am: Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.

8.00am: Malam tadi Bernama melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggantung operasi 1,606 pencawang stesen di seluruh Kelantan, Pahang dan Terengganu memandangkan banjir semakin teruk.
a

No comments:

Post a Comment