12 November 2014

TERBARU: 4 Beradik Dihalau Dedah Takut Pulang Ke Rumah Kerana Didera

-- --

Empat kanak-kanak yang 'dihalau' oleh ibu bapanya tempoh hari disyaki diabaikan dan kini 'takut' pulang ke rumah.

Salah seorang daripada kanak-kanak itu, Menai, 7, berkata, wanita yang tinggal bersama dengan mereka di rumah bukan ibunya.

Wanita yang dikenali sebagai Senah merupakan ibu kepada 3 kanak-kanak yang lain bernama Iyen, 7, Icah,, 6 dan Olivia, 2.

Menurut Menai, wanita itu bekerja di pusat hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN:


1. 4 BERADIK DIHALAU DARI RUMAH

2. KISAH 4 BERADIK DIDERA

“Ibu saya bernama Josephine tetapi dia tidak pernah pulang,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Sibu semalam.

Terdahulu, kanak-kanak perempuan terbabit ditemui merayau-rayau di sekitar kawasan komersil Sibu Jaya oleh dua orang anggota polis jam 3.30 petang Sabtu lalu.

Mereka dikatakan membawa dua beg plastik, dua batang payung dan wang kertas permainan ‘Monopoly’ bernilai RM70.

Dengan berbekalkan wang monopoli itu, mereka cuba membeli makanan di sebuah kedai, namun ditolak oleh pekedai terbabit.

Selain meluahkan perasaan dan cerita mereka, kanak-kanak tersebut juga menunjukkan bekas luka kepada media. Menai mempunyai parut di dahi yang didakwanya dipukul dengan batang penyapu.

Iyen mempunyai kesan luka di bahagian belakang sementara Ecah mempunyai bekas lecur lama di dada dan belakangnya.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi berkata kanak-kanak berkenaan dikenali Cathrine Junai Michael (Iyen), Melisa Michael (Ecah), Oliviarina Dayang (Olivia) dan Rebecca Seja Josephine (Menai).

Katanya, penjaga mereka merupakan seorang wanita berumur 31 tahun membuat laporan polis pada 9 November lalu selepas dia mendapati mereka hilang.

“Wanita tersebut mengambil mereka sebagai anak angkat sejak 2013 daripada seorang saudara terdekat. Mereka kini di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya. - Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment