KOTA BARU, 6 Nov: Mufti Kelantan menegur perbuatan membogelkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal di Masjid Pau Lima, Binjai pada Selasa lepas.
Datuk Muhammad Shukri Muhamad berkata, mereka yang membogelkan remaja berkenaan telah melanggar apa yang diajar oleh Islam agar tidak menjatuhkan maruah seseorang walaupun dia sudah melakukan kesilapan.
"Sebagai seorang Muslim kita berpegang kepala ajaran Islam yang mulia dan ia ditunjukkan melalui tindakan kita, walaupun remaja itu telah melakukan jenayah, orang-orang yang telah menangkapnya juga melakukan jenayah dengan membogelkannya," kata Muhamad Shukri.
Dia diminta memberi komen berkenaan kes pelajar tingkatan tiga tersebut yang mana telah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal pada 8.15 malam di sebuah masjid.
Selain dari dipukul, orang ramai juga memaksanya supaya duduk secara bogel diatas motosikal supaya boleh dilihat oleh semua orang. -
No comments:
Post a Comment