7 November 2014

Masjid Cold Lake Di Kanada Diconteng, Tapi Apa Yang Berlaku Selepas Itu Sungguh Mengharukan

-- --

Jumaat lalu masyarakat di Cold Lake, Alberta, Canada dikejutkan dengan aktiviti vandalism yang dilakukan pada sebuah masjid milik komuniti Islam. Dinding diconteng ‘go home’ dan beberapa cermin tingkap sengaja dipecahkan benar-benar mengejutkan Lembaga Pengarah Masjid, Mahmoud El-Kadri yang ke masjid pagi itu.

“We were born here and raised here and this is our home.” Kata anak-anak beliau yang sama hadir dengan esak tangis melihat insiden yang berlaku.

Selama 4 tahun Masjid Cold Lake tidak pernah disentuh oleh mana-mana sentimen. Komuniti di sini sangat menghormati apa sahaja pegangan agama yang dianuti oleh masyarakat setempat.



Isu ini sama-sama ditangani apabila tindakan positif komuniti masyarakat di Cold Lake bersama-sama melibatkan diri dengan pihak pengurusan masjid bergotong-royong mengembalikan masjid ke keadaan asal.

Tindakan positif komuniti masyarakat di Cold Lake sanat dihargai. Semua perkara mampu diselesaikan jika semua pihak yang terlibat melihat dengan satu sudut pandang yang sama.



 


No comments:

Post a Comment