Selepas videonya menyanyikan lagu 'She's Gone' menjadi viral pada 10 September lalu, bintang rock Facebook, Mohd Azlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Alen Castello memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi, Ahad lalu.
Selain berniaga char kuey tiau, Azlan juga adalah imam di masjid berkenaan sejak dua tahun lalu.
"Rock macamana pun kita, Allah jgn lupa bro." -Alen Castello-

No comments:
Post a Comment