28 October 2014

Punca Sebenar Pelajar MRSM Dibelasah Sampai Patah Tulang Rusuk

-- --


BALIK PULAU: 24 Oktober yang lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) patah tulang rusuk akibat dipukul sembulan pelajar tingkatan empat di asrama sekolah berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terpaksa dimasukkan ke ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana serpihan tulang rusuknya terkena jantung.

Mangsa dipercayai dipukul menggunakan seterika dan dipijak oleh semua pelajar berkenaan.

Laporan awal menggatakan, mangsa dipukul kerana menggeledah bilik pelajar senior untuk mencari kasutnya yang hilang dikatakan bernilai RM400.

Bagaimanapun, hasil penahanan lapan pelajar berkenaan oleh pihak polis mendapati kejadian berpunca dari mangsa yang didakwa mengambil telefon bimbit jenis Samsung Note 3 milik salah seorang pelajar senior berkenaan.

Mangsa enggan mengaku menyebabkan dia dibelasah sehingga patah tulang rusuk.

Lapan pelajar terbabit masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan sedang diberikan kaunseling. Mereka dijangka akan dibebaskan petang ini dengan jaminan polis. - My Media Hub

No comments:

Post a Comment