15 October 2014

Punca Kelas Dan Bilik Darjah Dibakar Dan Diconteng Terjawab

-- --


Hanya kerana tidak berpuas hati dengan pertengkaran yang terjadi dalam laman sosial, seorang pelajar nekad membakar sebuah kelas dan menconteng bilik darjah serta koridor dengan perkataan kesat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa kelmarin.

RUJUK ARTIKEL SEBELUM:- gambar vandalisme terlampau di sekolah.

Suspek yang dipercayai pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan melakukan perbuatan terkutuk itu kerana menyimpan dendam terhadap sekumpulan pelajar tingkatan lima di sekolahnya.

Menurut seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Nabila menjelaskan, kata-kata kesat yang diconteng oleh suspek di koridor kelasnya itu adalah menyasarkan kepada pelajar-pelajar tertentu.


No comments:

Post a Comment