Klang - Seorang lelaki berusia 27 tahun telah membuat laporan polis di IPPD Klang Selatan awal bulan ini pada 7.42 petang untuk mendapatkan bantuan polis bagi mencari pasangan untuk berkahwin.
Di dalam repot tersebut, lelaki itu berkata dia adalah seorang lelaki bujang dan berharap agar polis dapat membantunya mencari seorang isteri untuknya.
ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak boleh menghalang seseorang dari membuat laporan polis tetapi dia turut menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyalah guna perkara tersebut bagi melaporkan perkara remeh temeh.
Beliau juga menambah, perkara yang tidak penting seumpanan itu boleh menghalang tugasan polis yang melibatkan perkara-perkara yang lebih penting.
Bagaimanapun, dia memberitahu Sinchew Daily yang lelaki itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana tidak membuat sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.
No comments:
Post a Comment