Selepas kejadian menyayat hati dimana sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga terlibat dengan satu kemalangan di lebuhraya utara selatan. Dimana sebuah lori trailer yang mengalami masalah break yang gagal berfungsi. Bertimpa-timpa cemuhan dan hinaan di terima oleh pemandu lori dan bas. Salah satunya seperti di atas.
Selalunya malang tidak berbau, bukan kita minta untuk sesuatu kemalangan itu berlaku. Mungkin atas masalah teknikal dan sikap pemandu yang sambil lewa jugak mainkan peranan untuk terjadinya kemalangan.
Kita walaupun marah dengan apa yang terjadi tak semestinya kita harus bertindak melebelkan semua pemandu dengan hinaan yang tak sepatutnya. Pemandu lori juga ada motosikal dan kereta. Memandu lori ada pekerjaan mereka, mencari rezeki untuk anak dan isteri. Memang semua orang lakukan kesalahan tapi bukan semua orang patut dipersalahkan.
No comments:
Post a Comment