Susulan dari kenaikan harga petrol RON95 & Diesel mulai tengah malam tadi, Ustaz Kazim Elias menegur penasihat dan kerajaan secara terbuka melalui Facebooknya.
Katanya, masih belum terlambat untuk Kerajaan mengkaji semula kenaikan harga minyak. Beliau turut menyarankan pada kerajaan agar memotong kos perbelanjaan yang lain selain daripada minyak yang merupakan keperluan utama rakyat.
“Tak payah beri BR1M la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api,” tulis Ustaz Kazim
Selain itu Tun Dr Mahathir Mohamad tutur menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.
"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.
Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.
"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.
Dalam pada masa yang sama, majoriti pengguna media sosial tidak setuju dengan tindakan kerajaan yang mengumumkan harga baru petrol RON95 & Diesel kerana ini boleh menjejaskan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Ahad ini. - My Media Hub


No comments:
Post a Comment