Seorang tukang masak ditahan selepas dipercayai membunuh, mengerat dan merebus beberapa bahagian badan teman wanitanya di sebuah pangsapuri di Brisbane, Australia, Sabtu lalu, lapor 9 News.
Mangsa seorang warga Indonesia, Mayang Prasetyo, 27, merupakan seorang transeksual, dibunuh oleh kekasihnya, Markus Peter Volke, 28 tahun, seorang warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane kira-kira jam 9 malam waktu Brisbane.
Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal pelancong, berjaya melarikan diri namun kemudiannya membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri.
9 News melaporkan polis menemui beberapa bahagian badan mangsa di dalam sebuah periuk yang berisi bahan kimia mendidih di atas dapur dan sebahagian lagi di dalam beg plastik sampah dalam pangsapuri itu.
murder_M (1)Markus Peter Volke dipercayai membunuh teman wanitanya, seorang rakyat Indonesia Mayang Prasetyo. Foto: 9 News
Ibu saudara suspek, Dianne Volke berkata, pasangan itu baru berpindah dari Victoria beberapa minggu lalu dan berkenalan ketika bekerja di atas kapal pelancongan bersama serta telah berkahwin pada tahun lalu.
“Sukar untuk kami percaya berita itu,” katanya.
Penduduk setempat dilaporkan membuat laporan mengenai bau busuk di kawasan pangsapuri itu dan ia membawa kepada penemuan yang mengerikan.
Konsulat Jeneral Republik Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Brisbane dalam penyiasatan itu.
SUMBER:- therakyatpost.com/
No comments:
Post a Comment