10 September 2014

Luahan Isteri Mangsa Yang Dibunuh Mat Hatim, Penjenayah Paling Dikehendaki

-- --


Luahan rasa seorang isteri mangsa bunuh yang dibunuh oleh arwah mat hatim. Menurut
Wanita itu yang menggunakan nama Facebook ‘Puteri Bongsu’ Mat Hatim penjenayah yang ditembak mati di Pasir Putih adalah lelaki sama yang membunuh arwah suaminya.

Dia bagaimanapun terkilan pembunuh arwah suaminya itu berakhir dengan kematian. Kerana dia ingin mengetahu kenapa suaminya dibunuh penjenayah tersebut.

Mat Hatim atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, seorang penjenayah paling dikehendaki mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Pasir Puteh semalam. Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu.

“Operasi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.

“Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.

“Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38 buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat.






Sumber Gasmbar:- terengganutimes.com

No comments:

Post a Comment