24 September 2014

Berita Kenaikan Kakitangan Awam 2015 Palsu !!!

-- --

Daripada semalam tersebar kononnya gaji kakitangan awam 2015 bakal naik lagi di media sosial seperti . Paling menarik bila melihatkan tawaran angka kenaikan gaji 2015 untuk kakitangan awam antar RM500 hingga RM1000 seperti di bawah.

Berikut berita kenaikan gaji penjawat awam seperti yang tersebar :-


Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai beserta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.

Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan sistem Band to Band 7 jika keadaan mendesak apabila pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula pada April 2015.

Pengumuman ini telah disahkan Ketua Setiausaha dalam mesyuarat kabinet pada pagi semalam. Kenaikan ini berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam akan dinaiktaraf dan mengikut dari pandangan CEUPACS dan JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada perimgkat JUSA.

Usul ini telah diluluskan dalam pembentangan kertas kerja JPA dan CEUPACS bertarikh 21 September 2014 dan pelaksanaan akan dikuatkuasakan mengikut tarikh yang dinyatakan.


Nak tergelak pun ada , Tinggi betul kenaikan , siap disahkan Presiden CUEPACS lagi...kahkahkahkah . Erm….beginilah penyebaran berita seperti ini yang sedang meluas pada ketika ini sebenarnya hanya palsu .

Selepas semakan terhadap wakil Cuepacs dan juga wakil JPA , mereka mengesahkan berita kenaikan gaji naik 2015 untuk kakitangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Jabatan Perkhidmatan Awam tiada pekeliling baru berkaitan hal yang bakal dikeluarkan mereka.


Untuk pengetahun semua, datuk Najib Razak bersama-sama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia sekarang ini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari lamanya di sana bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. Dahtu celah mana dia boleh hadir mesyuarat kabinet dan luluskan pasal kenaikan gaji ni ?


No comments:

Post a Comment