Minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita 'perkahwinan sorok' pengarah muzik terkenal Ramli M.S dan penyanyi Alyah.
Berita tersebut telah menjadi viral dan perbualan semua pihak termasuk di media-media sosial.
terbaru, kerana terlalu berang, pengarah muzik tersebut yang telah memaki pengikutnya di laman sosial Facebook.
Ramli telah menggunakan perkataan ‘P***M*K’ terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinannya dengan Alyah.
Ianya berikutan status yang dimuat naik di laman Facebook berserta keratan berita bertajuk “Macamlah Saya Jual Dadah,” terbitan mStar Online pada Jumaat lepas.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada teman-teman Facebook yang kemudiannya bertindak memberi pandangan masing-masing.
Ramli yang bertindak memaki pemberi komen:
“Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”
Selepas itu Ramli meninggalkan satu lagi komen : “Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!”
Kalau dilihat pada komen-komen tersebut, tidak dinafikan ada yang agak biadap dan cuba membuat provokasi terhadap Ramli.
Tapi, mungkin pada masa ini, adalah lebih baik jika komposer itu tidak membuat sebarang kenyataan yang berbaur kemarahan bagi mengelakkan lebih banyak kontroversi timbul.

No comments:
Post a Comment