1 October 2014

Bayi 10 bulan Melecur Teruk Di Punggung Didera Pengasuh

-- --




Kes pengasuh lagi. Apa yang merasuk diorang ni ntah, dah banyak kot kes kematian anak didera dan meninggal dalam jagaan pengasuh. Yang ni melibatkan kes melecur pula. Yang aku pelik, kalau dia nak cakap itu salah bayi sendiri, kenapa pula dia diamkan je,  lapor la kecederaan pada mak ayah baby tue awal-awal.

RUJUK LAPORAN SEBELUM NI


DAN INI



Kejadian kali ni melibatkan kes penderaan bayi di bawah jagaan pengasuh di Melaka. Baca. Pada yang ada hantar anak kat lokasi perumahan Tangga Batu, take note.

    Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu.

    Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya.

    Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu.

    “Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah.

    “Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak,” katanya, di sini, semalam. -HM

No comments:

Post a Comment