Di bandar-bandar besar, memang biasa kelibat haiwan perosak iaitu tikus dilihat berkeliaran mencari makanan di dalam longkang dan di kawasan-kawasan kotor.
Bagaimanapun, pernahkah anda melihat tikus gergasi yang saiznya seperti seekor kucing ? Gambar seekor tikus yang sebesar itu telah menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin terperanjat selepas melihat gambar itu.
“Apakah? No way…,” kata Khairy merujuk kepada tweet yang memaparkan gambar itu.
Ia menunjukkan gambar seekor tikus yang telah mati dan dibawa oleh seorang lelaki yang memakai penutup mulut.
Hasil pemeriksaan lanjut, tiada maklumat berkaitan tikus spesis apa yang dibawa oleh lelaki itu dan di mana gambar itu dirakamkan.
Bagaimanapun, jika diperhatikan di bahagian latar belakang gambar itu kelihatan sebuah bas yang mirip sebuah bas di Malaysia. Nampaknya di negara kita sudah ada tikus yang membesar sehingga mencapai saiz sedemikian rupa.
Agak-agaknya, kalau tikus begini ada di rumah anda, bagaimanalah agaknya?
Sumber mynewshub.cc


No comments:
Post a Comment