12 August 2014

Video Bergaduh Berebut Jadi Imam?

-- --


Sebuah rakaman video yang memaparkan pergaduhan di dalam masjid mula tersebar menerusi laman APT sejak semalam.


Punca sebenar pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya sebenarnya kurang jelas kerana kata-kata yang diucapkan di dalam video berkenaan menggunakan loghat Kelantan.




Menerusi ruangan komen di bawah video berkenaan, ada komen menyebut bahawa kes ini berkenaan Imam yang memakai jubah itu dikatakan Imam Tarikat Tijani.

Penduduk kampung berasa marah apabila solat diimamkan oleh imam tarikat yang tidak diiktiraf. Menurut pemilik akaun itu, kejadian berlaku di kampung yang bersebelahan dengan kampungnya.

Sebahagian besar komen yang dibuat berkenaan video berkenaan pula mahu pengendali laman APT memadamkan sahaja video berkenaan kerana ia dilihat membuka aib dan memaparkan kelemahan umat Islam.

No comments:

Post a Comment