22 August 2014

TM Pilih Bulu, Bila Rita Rudaini Komplain 10 Minit Sampai

-- --


Satu kelebihan jadi artis, keluhan dan masalah cepat mendapat perhatian. Seperti kes Rita Rudaini yang mana dikatakan memuat naik status menyuarakan yang dia tidak puas hati dengan perkhidmatan TM Unifi.

Rita menyatakan dia tidak berpuas hati apabila wifinya hanya boleh digunakan di tingkat bawah saja. Dia juga menyatakan kekesalan terhadap khidmat yang diberikan oleh TM Unifi.





Tetapi, tak lama lepas tu, Rita memuatnaik status baru, mengatakan isu wifi dirumahnya sudah selesai dan memuji tindakan cepat pihak TM Unifi. Dalam status tu, Rita berkata lepas 10 minit TM terus menelefon Rita berkenaan isu tersebut.

Power kan, 10 minit!  sangat bagus TM Unifi punya kerja Tapi tu artis la, cuba kau orang biasa, ssape pengguna Unifi tau la.

Ni antara pengalaman pengguna Unifi:-

Al kisahnya dalam minggu lepas TM Unfi kat rumah aku ada masalah. Orang TM ntah dari mana punya pandai pergi allih tiang TM tu atas alasan ada rumah baru nak buat. Fine la, tapi masalahnya sekarang rumah aku takde line!.

Di sinilah bermulanya cerita, aku buat report kat TM. TM kata takde rekod yang menunjukkan orang dia alih tiang. Bila call kata tiang tu patah. Beb, depan mata dia alih tiang nak berdolak dalih lagi. Oleh sebab tu sahaja, TM amik masa SEMINGGU untuk check balik tiang tu. Kontraktor alih tiang pandai, report balik pada HQ TM tak reti! Menyusahkan. Berapa ratus kredit habis hanya untuk tanya pada case ni je. Call cust serv yang ini kata ambil masa yang lama untuk solve. Kata cust service yang itu, kata tengah buat report lagi untuk technician. Sangat lambat progress dia ok.

Dalam case Rita, tak payah dia call, TM dah call dia dulu! Hey, kami pun bayar bill tiap bulan tau. Lepas ni mati la TM nak jawab bila cust ungkit pasal case Rita ni. Jangan pilih bulu sangat boleh? 

Respon yang cepat itu sememangnya mengejutkan sehingga ada komen mengatakan, walaupun abang dia top management staff di TM, keluarganya tidak mendapat layanan sebegitu.

Wow, kalau macam tu, best la jadi artis. Dapat layanan first class.

No comments:

Post a Comment