Gara-gara masalah 'Astro Down' semalam, dimana banyak siaran Astro menjadi gelap, Pihak astro teruk dikecam pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan mereka yang sememangnya teruk.
Ketika orang kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan terus tersenyum lebar apabila satu demi satu rakyat terus bergantung harap pada perkhidmatan Astro Malaysia. Nasib pelangga masih tidak berubah.
Pelbagai maklum balas dan aduan dihantar kepada pihak Astro Malaysia, tetapi malangnya sehingga ke hari ini belum ada penambaikan yang drastik. Perkhidmatan masih ditakuk lama.
Yang lebih diutamakan, pelbagai penambahan saluran dengan harapan jangkaan Astro Malaysia akan menjana pendapatan sejumlah RM4.3 bilion akan tercapai dengan mudahnya.
Contohnya, dulu, nak tengok drama dan filem melayu, bukak Astro Prima dah ada, sekarang, pelanggan perlu langgan Astro Mastika pula untuk tonton filem melayu yang menarik. Drama yang ada di Prima pula, akan diulang-ulang beratus-ratus kali.
Kelemahan dan Aduan Kepada Astro Malaysia?
Terdapat beberapa kelemahan Astro Malaysia yang perlu diambil berat
- Siaran rancangan yang acapkali berulang-ulang
- Kurangan penyediaan dan penambanhan rancangan-rancangan baru
- Siaran rancangan seringkali terganggu apabila cuaca buruk melanda
- Terlalu banyak iklan yang menyesakkan di pelbagai saluran Astro Malaysia
Jika pelanggan lewat membayar bil Astro Malaysia, sejam sekali pelangggan akan dihubungi supaya menjelaskan bayaran. Apabila sudah dipotong, untuk sambung semula anda bakal dikenakan caj tambahan.
Apabila perkhidmatan Astro malaysia acapkali menghadapi masalah, tidak pernah diberikan rebat tetapi hanya mengeluarkan perkataan “Maafkan Kami” di media sosial seperti di Facebook. Mudah bukan?
Parabola di Indonesia
Jikalau di negara luar, hiburan adalah hak untuk semua. Contohnya?
Di Indonesia, mereka membenarkan rakyat Indonesia membeli parabola satelit untuk dipasang di rumah mereka. Hanya tune sendiri dan nikmati semua channel percuma Cuba pasang di Malaysia dan dikesan pihak berkuasa, apa yang anda bakal terima?
Tidak perlu bayar bil bulanan, yuran mahal seperti yang dikenakan Astro Malaysia. Tidak perlu tukar dekoder banyak kali.
Apa yang perlu dilakukan adalah “One time payment only” untuk beli piring.Tetapi di Malaysia??
Hak membeli piring dihadkan. Rakyat hanya dibenarkan membeli piring keluaran cap Astro Malaysia sahaja. Ini monopoli namanya.
Alhamdulillah, sekarang sudah ada revolusi fiber optik. Contohnya, HyppTv tiada lagi gangguan ketika hujan. Selain Unifi, kita juga ada ABNxcess. Walaubagaimanapun, dek kerana monopoliti beberapa rancangan dan program, Astro Malaysia telah mendapat hak esklusif dan dalam pada masa yang sama penyedia TV berbayar yang lain masih belum popular dan meluas jaringan perkhidmatannya, Astro Malaysia masih jadi pilihan utama ketika sehingga dilihat menindas dan mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.
Apa pula pendapat anda, dengan perkhidmatan Astro Malaysia kepada anda setakat ini? Kongsikan bersama di sini.



Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
ReplyDeleteHarga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502
Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
ReplyDeleteHarga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502