29 August 2014

Gadis Bertudung Besar Berang, Mahu Saman Penyebar Gambarnya Di Media Sosial

-- --





Aimi Baharin, gadis yang menjadi popular setelah muncul di TV3 dengan fesyen tudung peliknya mengugut mahu menyaman pengguna media sosial yang menyebarkan gambarnya. Ini berikutan ramai yang mengutuk beliau namun ada juga yang memujinya.''

"Sila padam pic ni sebelom saya saman awk!"

Tue dia mengamok kaw. Then dia sound setempek kat individu yang tak pakai tudung yang mungkin dok sindir dia yang bertudung berat. "Lilit kepala kaw tu x pakai tudung lg teruk".




Komen dari Shahrulezad ni best..hehehe


Yehaaa... Nizam Zakaria sila baca yer. Beb....just buat bodo jer. Kalau dia proceed saman tu kau kaunter balik jer saman tu cakap disebabkan visual ini hidup kau terganggu sehingga kau tak boleh nak mengarah dan meninggalkan kesan trauma psychology. Khelas tak alasan mak. Orang kata dah alang alang kita hidup dalam zaman saman menyaman kannnn.....hahahaha

Anyway on 2nd thot lantak dia ler nak pakai tudung tu lagu mana pun. Kalau dia nak lilit kain yg dia beli kat Kamdar satu papan atas kepala sekalipun ikut sedap tekak dia lah. Hak dia uolss. TAPI dia tak boleh lah nak sentap bagai bila orang start berkata kata. Infact dia sebenarnya tak boleh menghalang dari orang berkata apa pun tentang apa saja perbuatan dia itu. Apatah lagi menghalang orang posting gambar screenshot dari skrin TV paling popular pulak tu. Lain ler kalau si Nizam ni ambik gambar dari Intagram dia tanpa kebenaran dia. Then itu dah kira lain.

Dan untuk wanita bertudung ala ala Darth Vader ni... Anda sedang mempromosi satu lagi cara bertudung yang sangat inovatif dan super futuristic dan fantastik. Oleh itu anda kena bertahan dengan fashion yang anda pelopori itu. Mula mula memang ler orang ramai kejang urat kentut tengok fashion sphinx pyramid atas kepala awak tu tapi lama lama orang lali lah... Ala tengok jer Wak Doyok tu....steady jer ngan misai A Galak ngan kot sendat panas mereding dia tu. Orang kutuk kutuk dia pun dia buat dek jer. Tahu tahu ramai retis tiru cara dia. Follower instagram pun ramai uolss... Siap ada hashtag #akuyangpakaikauyangpanas lagi. Awak buatlah hashtag awak sendiri #akuyangpakaikaupulakyangsakittengkokapahal.

So dalam erti kata lain. Kalau kita rasa ingin jadi trend setter macam Wak Doyok tu kita jugak kena bersedia menerima kata cemuhan atau sindiran dari public. Jangan fikir yg terima pujian memanjang sokmo. Lady Gaga pun kena hencap dik setiap kali keluar in public dengan baju merepek inikan lagi kau.... So tak yah nak sentap sentap sangat lah... Kakak geli ketiak lah dik! Hahaha

Mana tahu kot kot gaya fashion entah apa kejadah yang awak pelopori ni memberi inspirasi kepada bakal bakal trend setter yang lain untuk melahirkan fashion tudung yang lebih mengarut lagi awak jugak yg tumpang bangga sebab menjadi sumber inspirasi derang yer tak...

Maka selepas ini akan bermula lah era fashion pemakaian tudung yang lebih ekstreme lagi selepas ini.... Bye bye tudung tiga tingkat Fareeda.

You are so yesterday now...

Anggaplah apa mak cakap ni sebagai satu pembakar semangat supaya terus bertahan apa yg awak rasa betul. Soal dosa pahala yg awak buat tu biarlah Allah yg tentukan. Bukan kita....

Akak sekadar memberi nasihat sambil buat kelako bodoh. Tu jerrr

*somehow or rather aku mula terfikir apa tujuan sebenarnya wanita diwajibkan menutup aurat? Antaranya ialah untuk mengurangkan perhatian lelaki terhadap orang perempuan kan? Tapi kalau dah bertudung dengan cara begini atau dengan cara cara yg berlambak kat pasaran sekarang ni ko rasa tudung ni mengurangkan perhatian lelaki ker? I don't think so....menarik dan mengundang perhatian dan kata nista ader ler. Kalau tak orang tak akan troll dik...and to those who read my status please behave when giving comment. Nak menegur sambik melawak sikit sikit tu boleh tapi jangan sampai menghina peribadi. At least dia sedar jugak kat mana silap dia. Tapi kita yg dok mengutuk tak hengat ni? Adoo!!!

No comments:

Post a Comment