12 August 2014

[11 gambar] Pasar Tomohon: Pasar Awam Paling Kejam Di Dunia

-- --




SEORANG peniaga di Pasar Tradisional Tomohon di Sulawesi, Indonesia membakar seekor anjing untuk dijual kepada pengunjung. -

Kebiasaannya pasar awam dijadikan tempat jualan keperluan dapur seperti sayuran, ikan, daging lembu dan ayam, sekali gus tidak mendatangkan masalah besar kepada kumpulan pencinta haiwan.

Tetapi lain pula kisahnya di sebuah pasar di Indonesia yang dianggap pasar paling kejam di dunia kerana menyediakan pelbagai jenis makanan eksotik termasuk kelawar, anjing, tikus dan ular sawa.

Menurut laporan portal berita Mail Online, adegan yang paling mengerikan adalah cara peniaga di Pasar Tradisional Tomohon yang terletak dekat Langowan, utara Sulawesi, membunuh anjing yang dipilih oleh pembeli.




SEORANG peniaga di Pasar Tradisional Tomohon di Sulawesi, Indonesia membakar seekor anjing untuk dijual kepada pengunjung.


[DI MALAYSIA JUGA ADA BACA SINI:- 11 Gambar keunikan jualan di pasar "tamu" di Negeri Sabah ]


"Penjual akan mengeluarkan anjing terpilih yang dikurung di dalam sangkar sebelum haiwan itu diketuk di bahagian belakang leher sehingga mati.

"Kemudian anjing tersebut akan dibakar dan dagingnya dijual kepada pembeli," tambah laporan itu.

Selain anjing, beberapa haiwan lain seperti monyet, tikus, kelawar dan mengkarung turut dibakar sebelum dijual kepada pengunjung pasar tersebut dan dimasak dengan pelbagai cara termasuk dipanggang dan direbus.

Pasar Tradisional Tomohon pernah dilanda kontroversi pada 1993 apabila pihak berkuasa tempatan mendapati peniaga menjual babirusa, spesies haiwan terancam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menghentikan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun pasar itu kini dijadikan kawasan pelancongan di Sulawesi kerana menyajikan keunikan kepada pengunjung untuk me-rasai pengalaman makan hidangan eksotik. - utusan.com








No comments:

Post a Comment