Seorang gadis berusia 13 tahun di Utara Texas mengecas Samsung Galaxy S4 miliknya, Apabila bangkit dia telah mengesan bau asap di dalam biliknya. Setelah dicari punca bau busuk tersebut, dia dapati ianya berpunca dari telefon samsung s4 yang diletakkan dibawah bantal. Paling mengejutkan, apabila dia dapati bahagian belakang bantal hangus,dan telefon bagaikan telah digoreng kerana plastiknya telah cair.
"Kami menjangkakan bahawa produk yang kami beli (samsung s4) akan selamat," kata bapa gadis itu. Beliau memberitahu FOX bahawa dia mengesyaki bahawa telefon menjadi terlalu panas, menyebabkan bateri bengkak dan memulakan kebakaran.
Menurut wakil Samsung, bateri tersebut adalah bateri tiruan di pasaran. Menututnya lagi, telefon itu juga telah ditutup oleh bantal, menyekat aliran udara ketika mengecas. Perkara ini telah pun diberi amaran.
Walaupun kemalangan berpunca dari pemilik Galaxy tersebut, Samsung memberitahu FOX dan Yahoo Tech bahawa syarikat itu akan menggantikan telefon, bantal dan tilam yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Samsung mengambil kira kualiti produk dan keselamatan pelanggan dengan serius," kata wakil Samsung tersebut. Sementara itu, Pengurus Produk HTC di AT&T pula menawarkan sebuah HTC One M8 kepada gadis malang berkenaan di reddit.

No comments:
Post a Comment