7 July 2014

Selepas Gadu Sesama Guru, Cikgu Gangster Tengking Pelajar Pula

-- --


Sebelum ini Video Cikgu bergaduh sesama cikgu sambil di perhatikan murid, kali ini satu lagi video yang lebih jelas dikongsikan di Facebook mengenai salah seorang guru yang berbaju hijau dalam video tersebut.

Kali ini dia dirakam menengking seorang pelajarnya terlebih dahulu sebelum insiden pertengkaran tersebut berlaku.

Menerusi maklumat yang tersebar di blog-blog guru berbaju hijau itu merupakan guru sebuah sekolah pendidikan khas di Pahang, manakala yang berbaju batik merah itu dipercayai guru besarnya, dikhabarkan guru itu memang mempunyai masalah suka bergaduh sejak dulu lagi.

Berkut Petikan mengenai guru terbabit yang tersebar di media sosial :-

“Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009. Sblm tu kt sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu. Guru besar skrg adalah yg ke-3.

Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas. PPD penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak. Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti.

Pentadbir tu gb n gpk. Ayah dia penah buat repot kt ppd kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa.”
Jika benar maklumat yang diberikan ini, rasanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjalankan siasatan mengenai perkara ini.

Sebabnya, perangai seperti ini tidak wajar ditunjukkan kepada para pelajar, apatah lagi dengan status pendidik yang sepatutnya sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada umum.MNH

No comments:

Post a Comment