10 July 2014

SEBAK: 1 keluarga berumahkan 2 stroller Di Kota Bharu

-- --


Kepada rakan-rakan yang berkemampuan..bolehlah sumbangkan seberapa yang mampu..atau jika tidak mampu share status ini kepada rakan-rakan FB anda..

semoga dibulan yang mulia ini..kita semua mendapat sesuatu yang bermanfaat..
insya Allah

09/07/14 Kota Bharu.. 1 keluarga berumahkan 2 stroller

1. Salam semua. Mohon maaf sangat2. Takda niat nak poyo2 atau apa. Gua dengan perasaan campur-baur nak rayu kat korang.

2. Mula2 gua jumpa makcik ni masa tolak 1 stroller. Tunggu tepi jalan Tunjung. Teragak2 nak melintas. Dalam stroller ada anak dia. Tepi stroller bergantungan bahan terpakai.

Masa ni suami dia takda. No tepon pun takda. Gua suruh suami dia datang opis untuk maklumat. Tu jer la boleh gua bantu. Tapi senyap. Dan berhenti sampai situ. Dan tak jumpa dah.

Tadi, masa otw, gua nampak makcik ni n suami dia tolak stroller. Gua u turn semula. Maka inilah yang gua mampu sampaikan. Semoga lu orang semua boleh share bantu sikit seorang. Amin.

3. Pakcik ni namanya Mohd Said. Asal Kg Besut, Tumpat. Ada 2 beradik. Rumah orang tuanya pada kakaknya. Telah dijual. Orang tua dan kakak dah meninggal. Isterinya asal Pulau Chondong, Machang. Ada anak seorang. Perempuan 4 tahun. Lu boleh tengok gambar yang gua lampirkan. Anak dia memang perlu sedikit rawatan terutama kulit.

Lepas kontrak kerja tamat, maka tak mampu lagi sewa rumah. Dulu tumpang rumah rakan. Tapi lebih baik tak menyusahkan sesiapa. Kini tidur di mana2 wakaf dengan barang2 kehidupan di dalam stroller.

4. Kami aktivis tak mampu bantu kewangan. Sekadar mengadakan akaun bank kepada ketua keluarga ini, dan dalam proses mendapatkan HP. Supaya dia mudah dihubungi dan mudah hubungi.

Kepada yang bersetuju kempen ZAKAT TERUS KEPADA ASNAF, bolehlah salurkan ke Mohd Said. Bank Islam 03102020073747.

Semoga dipermudahkan. Amin.

p/s : status ini saya CP..sekiranya berminat boleh hubungi https://www.facebook.com/aduka.taruna.9?fref=photo







No comments:

Post a Comment