Satu surat sulit yang mendedahkan terdapat ancaman pencerobohan ke atas sabah kini tersebar di media sosial. Sebelum ini, pihak polis mengarahkan perintah berkurung dilaksanakan di kawasan panas di Sabah
Perintah berkurung itu yang mungkin ditetapkan di antara tengah malam dan pukul 6 pagi, untuk membantu mengetatkan keselamatan tidak menentu di kawasan-kawasan tertentu. "Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersetuju untuk menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa kawasan bermasalah di pantai timur Sabah.
Kira-kira empat kawasan panas telah dikenal pasti. Kawasan pantai timur Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna dianggap sebagai 'kawasan panas'.
Polis Nafi Khabar Angin
KOTA KINABALU: Polis meminta rakyat negeri ini tidak mudah mempercayai khabar angin yang tersebar di laman sosial kononnya keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur terjejas.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keadaan keselamatan di seluruh negeri ini, termasuk di pantai timur adalah aman, damai dan dalam keadaan terkawal.
"Mohon masyarakat dan rakyat Sabah jangan dengar berita palsu yang sengaja dibuat untuk menakutkan orang ramai.
"Pihak agensi keselamatan mampu untuk mengawalnya jika berlaku apa juga kemungkinan," katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai penyebaran khabar angin di laman sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya keadaan keselamatan di Sabah terancam, selain dakwaan bakal berlaku lagi pencerobohan di pantai timur negeri ini.

No comments:
Post a Comment