23 June 2014

Tak Sempat Ziarah Jenazah Bapa,"Dihalau" Air Asia Kerana Mengandung

-- --


Video ni tersebar di social media sekarang berkaitan seorang wanita yang sarat mengandung tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk pulang melihat bapanya yang baru sahaja meninggal dunia.

Kisah ini bermula apabila sepasang suami isteri dan anak bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan ke Malaysia setelah mendapat berita tentang kematian ayahanda mereka di Kuala Terengganu

Wanita yang sedang mengandung ini dan keluarganya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menaiki penerbangan dari Busan ke Seoul dan kemudiannya melalui penerbangan memenatkan selama 5 jam bersama Malaysia Airlines (MAS) dari Seoul ke Malaysia. 

Namun, untuk penerbangan mereka seterusnya dari dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bersama Air Asia, mereka telah 'dihalau' oleh Air Asia kerana wanita terbabit dikatakan sedang mengandung 7 bulan.

Video:


Timbul persoalan dari pengguna Facebook mengapa mereka dibenarkan oleh Malaysia Airlines untuk terbang selama 5 jam dari Seoul ke Kuala Lumpur tetapi dihalang untuk penerbangan 40 minit dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu oleh Air Asia atas sebab kecemasan?

Hilwati Hashim yang dipercayai perakaman video keluarga berkenaan menulis di Facebooknya;
Happening at KLIA 2 right now. Pregnant wife with husband and son denied flight from KL to KT because of her pregnancy. But she was already travelling from busan to seoul to KL without a problem.

Reason given: no letter, medical check up etc. Her father passed away yesterday evening and it was an emergency flight to come back home for the funeral. A reasonable human being will understand that there's no time to sort all that out.

Wow airasia!! This is a new level of LOW!

Kami merasakan banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh pihak Air Asia atas apa yang telah berlaku ini agar dapat difahami dan dimengerti orang ramai tentang apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa hak mereka dinafikan.


Kalau ikutkan, untuk air travel, kepada yang mengandung walaupun masih baru, kalau dah boleh nampak mengandung tu pastikan anda dapatkan surat doktor dulu. Untuk keselamatan, buatnya terberanak atas tu, sape nak tanggung?..kan tekanan udara tinggi kat atas tu. Mana-mana airline boleh buat macam ni kalau mereka nak. Peraturan itu dibuat untuk panduan.  
 


Apa pula pandangan anda?


No comments:

Post a Comment