22 June 2014

Respon Nabila Huda Setelah Dimaki Amy Seach Di Instagram

-- --


Dunia hiburan kecoh dengan komen maki Amy Search terhadap anaknya, Nabila Huda di laman Instagram milik anaknya itu. Amy Search nampaknya sudah tidak boleh tahan sabar dengan karenah Nabila Huda apatah lagi kini sedang bercuti dengan kekasih barunya di Eropah.

Menerusi gambar yang dikomen Amy, mungkin dia amat marah dengan gambar percutian mesra Nabila dan kekasihnya di luar negara itu. Malah dia sendiri seolah-olah meluahkan rasa tidak berkenan kepada sikap kekasih Nabila tersebut. 

Terkejut dengan komen dari bapanya, Nabila didapati telah memadamkan foto yang dikongsikannya. Selain itu, Nabila juga telah bertanyakan perkara itu kepada bapanya menerusi laman sosial Twitternya sebagaimana dibawah: 




Nabila juga meminta agar orang tidak mengganggunya yang kini sedang bercuti setelah penat bekerja.

Walaupun Nabila menegaskan dia langsung tidak melakukan kesalahan sekalipun, apa yang ditonjolkan menerusi perbuatan dan penampilannya itu membuatkan masyarakat tetap menganggapnya sudah melampaui batasan.

No comments:

Post a Comment