25 June 2014

Gambar Operasi Menahan 6 Pengganas Sulu di Kunak, Sabah

-- --


Enam pengganas yang merupakan pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram saudara kepada Arwah Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah, awal pagi tadi.



Kumpulan pengganas terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu sebelum dicekup dalam operasi yang dilakukan pasukan cawangan Khas dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah antara jam 2 hingga 6.30.

Menurut sumber, enam individu yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga sulu Filipina itu ditahan berasingan di tiga kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bakau dan Kampung Basilan.



“Kessemua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan, katanya.




Kenyataan rasmi PDRM mengenai operasi di Kunak, Sabah yang dikeluarkan pada 25/6/2014 6:00pm tadi.



Sumber: Trendingmalaysia.blogspot.com

No comments:

Post a Comment