5 June 2014

Fahaman Politik Berbeza, Jenazah Tidak Diterima Untuk Dikebumi, Di Padang Midin, Terengganu

-- --


Seorang lelaki mendakwa  JKKK dan pengurusan masjid Padang Midin tidak membenarkan seorang jenazah dikebumikan walaupun sudah separuh kubur digali atas alasan bukan jemaah masjid.

Dakwanya lagi, walaupun perbincangan telah dilakukan, pihak JKKK dan pengurusan masjid tetap berkeras tidak membenarkan kenazah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

Dakwaan lelaki tersebut dikuatkan lagi dengan beberapa komen dari pihak yang diyakini keluarga arwah. Mereka turut mencabar sesiapa yang tidak yakin dengan dakwaan ini untuk bersemuka dengan mereka.





Walaubagaimanapun, akhbar sinar harian telah menghubungi Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin dan mereka menafikan dakwaan tersebut.
Alasan mereka, kubur yang sedia ada sempit.

KUALA TERENGGANU – Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan.

Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

“Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit.

“Disebabkan ruang yang sempit itu juga AJK masjid terpaksa menolak dan bukannya disebabkan arwah seorang ahli Pas atau pun mana-mana parti sekalipun,” katanya.

Kata Razali, arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin dan Kampung Tok Hakim. Arwah juga selalu berjemaah di Surau Kampung Tok Hakim.

“Perkara ini telah diselesaikan secara baik dan arwah telah pun selamat dikebumikan di Kampung Tok Hakim di mana kawasan perkuburannya yang luas,” katanya.

Razali berkata, ada pihak sengaja memutar belit cerita supaya memburukkan imej Umno dan JKKK Padang Midin.

“Saya amat dukacita dengan fitnah yang disebarkan sebuah laman sosial yang telah memburukkan imej Umno dan JKKK kampung ini (Padang Midin), sedangkan saya tidak pernah diajak berunding dalam masalah ini,” katanya.

Hubungannya dengan keluarga arwah cukup baik dan dia sendiri tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi dan dipolitikkan.

Sebelum ini, Sinar Harian mendapati sebuah laman sosial mendakwa JKKK dan pengurusan masjid tidak membenarkan seorang jenazah dikebumikan walaupun sudah separuh kubur digali atas alasan bukan jemaah masjid.

Masalah itu menyebabkan keluarga jenazah kemudiannya terpaksa mengebumikan arwah di kampung berhampiran.

No comments:

Post a Comment