Akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola,dipercayai ibu kepada remaja OKU yang dikurung dengan kejam telah di godam oleh pasukan penggodam terkenal Malaysia “The Rilekscrew”.
Ibarat sudah jatuh di timpa tangga, setelah diberkas polis, dicaci orang ramai, kini akaun Facebooknya pila digodam dan diberi akses kesemua gambar-gambar peribadi beliau.
Kasihan juga, walaupun tindakan yang dilakukannya amat kejam, tak perlulah didedahkan lagi bahan-bahan privasinya untuk tontonan umum, tindakan undang-undang yang bakal dikenakan nanti sudah setimpal, kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang daripada melakukan kesilapan.
Mereka bukan sahaja memberi akses kepada semua gambar-gambar peribadi malah mereka juga menerima semua pemintaan menjadi kawan "Approve Friend" pada akaun wanita ini. Selain itu mereka juga mengemaskini status Facebook wanita terbabit.
Bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar ibu kepada remaja malang ini bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment